SEREMBAN, 10 Mei - Syawal 1443 Hijrah lebih bermakna kerana diraikan dengan suasana meriah susulan kerajaan kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam fasa peralihan ke Endemik.
Stesen radio NEGERIfm menyediakan pelbagai pengisian program sempena Aidilfitri, antaranya program Dari Konti ke Lokasi.
Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan, Kamal Roslim berkata ia juga sebagai usaha agar NEGERIfm lebih dikenali bukan sahaja oleh penduduk Negeri Sembilan.
Gaya raya NEGERIfm pada kali ini, selain menyajikan program radio yang lain daripada kebiasaan turut menyokong industri swasta dan mendekati pendengar.
"Sebenarnya ini adalah Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) juga kita bantu kerajaan rancakkan ekonomi. Sebenarnya program seperti ini bagus supaya masyarakat kenal fungsi stesen negeri. Selain kita sampaikan maklumat kerajaan kita mahu masyarakat tahu kandungan rancangan kita bukan setakat untuk beri hiburan semata-mata tetapi kita mahu beri pendidikan kepada masyarakat dengan radio di lokasi dapat meluaskan lingkungan pendengar. Itu paling penting," kata Kamal di sini.
"Apabila kerajaan umumkan kita fasa endemik itu satu benda menarik untuk kita sambut Syawal ni antara NEGERIfm menyediakan pelbagai program radio khususnya. Bukan itu sahaja, kami sudah terbitkan program raya yang viral, seronok rayakan Syawal untuk tahun 2022," kata Juruhebah NEGERIfm, Dj Syafiq.
(Antara barisan Juruhebah NEGERIfm)
Ketua Eksekutif Kumpulan Tasik Villa, Jofhua Yeong Kong Zhi sentiasa menyambut baik kerjasama dengan NEGERIfm yang sentiasa memberi ruang dan peluang untuk mencipta perkara baharu.
"Pihak saya menghargai apa yang telah dilakukan NEGERIfm lakukan untuk teamTasik Villa. Buat masa ini mesek positif penting kepada pendengar, kerana ini adalah kali pertama kami boleh beraya dengan SOP yang tidak ketat," Ketua Eksekutif KumpulanTasik Villa, Jofhua Yeong Kong Zhi.
Sambutan Syawal NEGERIfm pada kali ini lebih meriah apabila juruhebah dapat turun padang mendekati pendengar di lokasi.
Syawal kali ini pastinya lebih bermakna, apabila dapat bersatu kembali bersama keluarga bagi meraikan perayaan aidilfitri.
Laporan wartawan Nurashikin Haron