fb fb fb fb fb

Pekerja restoran didenda RM1,500, mengaku bersalah cederakan seorang lelaki

JEMPOL, 10 Mei- Mahkamah Majistret Bahau mengenakan denda RM1,500 atau penjara sembilan bulan terhadap seorang pekerja restoran selepas mengaku bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki minggu lalu. 
 
Tertuduh, Mohd Isa Ramliee, 21 tahun membuat pengakuan berkenaan dihadapan Majistret, Muhammad Hidayat Wahab.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh dengan sengaja menyebabkan cedera ke atas seorang lelaki berusia 30 tahun di Restoran Nasi Kandar Liga Maju Bahau pada 5 Mei lalu kira – kira pukul 1. 00 pagi. 
 
Tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga satu tahun atau dengan denda hingga dua ribu ringgit atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. 
 
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Loqman Hakim Ahmad Khairie manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
 
Media sebelum ini melaporkan tular di media sosial berlaku bergaduhan di restoran terbabit dipercayai berpunca daripada harga nasi goreng kosong dengan telur yang dicaj RM6.

 


(Mohd Isa Ramliee, 21 tahun mengaku bersalah menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki minggu lalu di sebuah restoran gara-gara nasi goreng RM6)

Media Baharu