fb fb fb fb fb

Tambah panel penilai untuk percepat proses 'pitching' - KP RTM

KUALA LUMPUR, 10 Mei - Lebih 1,000 Syarikat Pembekal hadir pada sesi taklimat Perolehan Pembekalan Program Televisyen (TV) Tempatan (Swasta Baharu dan Sambung Siar) Tahun 2023 di Angkasapuri.

Menurut Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Che Roslan Che Daud, lebih ramai panel akan diwujudkan bagi mempercepatkan proses saringan perolehan (pitching) sekali gus membolehkan proses itu dapat diselesaikan dalam masa singkat.

Katanya saringan perolehan di RTM telah ditambah baik kepada 11 daripada 23 proses sebelum ini yang dilaksanakan tertakluk kepada pekeliling, arahan dan peraturan ditetapkan kerajaan.

"Proses telah kita rekayasa atau membuat 'reingeneering' dan kita akan lalui satu proses yang lebih singkat, andai jumlah itu besar kita akan ramaikan lagi panel-panel untuk menilai atau menapis pitching tersebut.

“Kita ada panel-panel yang dilantik dan akan ramaikan panel tersebut supaya proses-proses ini dapat dipercepatkan," kata Che Roslan.

Beliau mengulas perkara itu selepas Sesi Taklimat Bersama Pembekal Bagi Perolehan Pembekalan Program TV Tempatan (Swasta Baharu dan Sambung Siar) Tahun 2023 di Auditorium Perdana, Angkasapuri.

Jelasnya tarikh bagi sesi ‘pitching’ itu akan bermula pada 5 Julai sehingga 30 Ogos depan.

Kertas cadangan perlu didaftarkan dalam "Television Content Management System" (TV CMS) mulai 11 hingga 14 Mei ini.

Syarikat- pembekal perlu merujuk kepada Penyataan Keperluan (Need Statement) bagi memenuhi syarat dan keperluan lima saluran TV RTM, iaitu TV1, TV2, TV Okey, Saluran Berita dan Saluran Sukan.

Penyataan Keperluan boleh diperoleh menerusi laman sesawang www.rtm.gov.my dan www.kkmm.gov.my.

 


(Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Che Roslan Che Daud)

Media Baharu