fb fb fb fb fb

Dihujani aduan, MOT arah syarikat penerbangan selesaikan segera isu teknikal

PUTRAJAYA, 10 Mei - Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengarahkan syarikat penerbangan untuk menyelesaikan segera isu teknikal yang dialami penumpang melibatkan perkhidmatan penerbangan serta penyampaian maklumat.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dalam satu kenyataan media berkata arahan itu dibuat selepas rundingan dan siasatan dilakukan susulan aduan diterima dari orang ramai.

Ia bagi menjamin kepentingan keselamatan dan pematuhan teknikal kepada peraturan penerbangan awam serta keselesaan penumpang.

Jelasnya, kebanyakan aduan diterima susulan aliran trafik penumpang lebih tinggi musim perayaan serta pesawat yang mempunyai masalah teknikal perlu direhatkan.

Kerajaan bersimpati dengan nasib penumpang dan berharap untuk mereka kekal tenang serta terus memberi maklum balas.

Tegasnya, MOT komited dalam memastikan isu teknikal dipatuhi serta tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sekiranya prosedur penyelenggaraan dan teknikal tidak dipatuhi.

Setakat hari ini, semua aduan berkaitan penjadualan semula dan kelewatan penerbangan berjaya diselesaikan.

 


(Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong)

Media Baharu