fb fb fb fb fb

Melaka pertingkatkan subsektor pelancongan agama

AYER KEROH, 10 Mei - Kerajaan Negeri Melaka sedang giat mempromosikan subsektor pelancongan agama dan keluarga selain subsektor pelancongan kesihatan.

Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhamad Jailani Khamis berkata subsektor ini mampu menarik lebih ramai pelancong ke Melaka dengan menjadikan tempat transit sebelum ke lokasi yang lain.

Pihaknya yakin dengan pelbagai promosi yang menarik mampu membawa pelancong dari luar untuk datang ke negeri tersebut.

(Muhamad Jailani berkata demikian dalam sidang media di Taman Tasek Ayer Keroh)

"Sudah pastinya kita menggalakkan agenda pelancongan agama ini. Melalui Melaka ini sudah pasti mereka akan berbelanja dan paling tidak pun akan menginap satu atau dua malam di Melaka dan Kuala Lumpur bagi tujuan ini.

Pada masa sama matlamat kita, misi kita untuk ke pekan baru ialah untuk membuka laluan udara pula menggunakan Lapangan Terbang Antarabagsa Batu Berendam , agar kemasukkan para pelancong ini dapat dimakinkan lagi melalui laluan udara dan satu komuniti telah dibentuk sebenarnnya," kata Muhamad Jailani di sini.

Dalam pada itu, pihaknya akan membawa seramai 200 pengusaha dan agensi pelancongan berkaitan ke Dumai dan Pekan Baru , Indonesia bagi tujuan menandatangani perjanjian MoU antara Business to Business (B2B) untuk merancakkan lagi sektor pelancongan Indonesia ke Malaysia pada 29 Mei nanti.

Terdahulu , kerajaan negeri menyasarkan 1 juta pelancong dari Indonesia bakal memasuki negeri itu melalui laluan laut.

Media Baharu