fb fb fb fb fb

NEGERIfm kolaborasi dengan Penjara Seremban anjur program sembelihan ibadah korban

(Program sembelihan ibadah korban yang dianjurkan stesen radio NEGERIfm dengan kerjasama
Penjara Seremban)

SEREMBAN, 10 Julai - Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, buat julung kalinya stesen radio NEGERIfm berkolaborasi dengan Penjara Seremban menganjurkan program sembelihan ibadah korban. 

Ia bagi memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail kerana ketaatan terhadap Allah S.W.T.

Menurut Pengarah Penjara Seremban, Sharil Basir, sebanyak empat ekor lembu sumbangan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dikorbankan dengan konsep gotong royong antara kakitangan penjara, ahli Persatuan Isteri, Anak-anak dan Anggota Wanita Penjara (PERSIAP) serta kakitangan NEGERIfm.

"Di samping kita dapat menyemarakkan majlis ini bersama-sama dengan RTM dengan pihak penjara, ia juga satu kolaborasi mewujudkan memasyarakatkan penjara di dalam negara kita," kata beliau ketika ditemui pada program Ibadah Korban, di sini hari ini.


(Sumbangan kotak rezeki disampaikan NEGERIfm kepada penghuni Penjara Seremban)

Turut disampaikan sumbangan kotak rezeki kepada penghuni penjara oleh NEGERIfm.

"Saya rasa sangat teruja sebab pertama kali pengalaman boleh bergaul dengan semua kakitangan semua staff program ini dapat mengeratkan silaturahhim antara kita semua, macam saya ni orang jauh dapat mengisilah kekosongan tak balik rayakan," menurut kakitangan Penjara Seremban, Inspektor Izzati Syed Abdullah

"Pandangan saya memang setiap ibadah korban itu sinonim lah dengan penyembelihan lembu kan, jadi ia membangkitkan lagi suasana yang meriahlah, meriahkan lagi setelah PKP yang dulu tak ada, jadi sekarang kita terasa suasana itu walaupun raya haji tapi seronoklah," jelas ahli PERSIAP, Siti Sarah Fadhil.

Media Baharu