fb fb fb fb fb

JPV negeri Perak keluarkan lebih 7,000 permit penyembelihan sempena Aidiladha

(Razman Zakaria ditemu bual media selepas menghadiri program Korban Perdana ADUN
Gunung Semanggol, Alor Pongsu, Bagan Serai, Perak) 

BAGAN SERAI, 10 Julai - Lebih 7,000 permit penyembelihan dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) di negeri Perak sempena sambutan hari raya Aidiladha tahun ini.

EXCO Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan negeri, Razman Zakaria berkata daripada jumlah itu juga tiada laporan mengenai haiwan sembelihan itu yang berpenyakit.

"Keseluruhan negeri Perak yang didaftarkan dengan (Jabatan Perkhidmatan) Veterinar, diambil permit 7,000 ekor lebih dan tidak ada sebarang laporan lembu-lembu itu berpenyakit," kata beliau selepas menghadiri program Korban Perdana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol di Alor Pongsu, di sini hari ini.


(Para penduduk bergotong-royong melapah daging korban pada program Korban Perdana
ADUN Gunung Semanggol, Alor Pongsu, hari ini) 

Pada program berkenaan kira-kira 30 ekor lembu dijadikan korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang dijalankan oleh pusat khidmat ADUN Gunung Semanggol.

Media Baharu