fb fb fb fb fb

Negeri Sembilan sasar pelaburan dalam industri aeroangkasa

FOTO BERNAMA

SEREMBAN, 5 April- Kerajaan Negeri Sembilan dalam perbincangan untuk mengusahakan pemasangan pesawat ringan dan Kenderaan Udara Tanpa Pemandu (UAV) menerusi projek Lembah Aeroangkasa (NSAV) bersama syarikat dari Korea Selatan.

Menurut Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, Datuk Dr Rafie Abdul Malek, beliau akan memastikan bahawa pihaknya bersedia daripada aspek ketersediaan kawasan serta kualiti pekerja agar hasrat untuk memajukan industri aeroangkasa tersebut dapat dicapai.

"Penglibatan Korea Selatan ini masih dalam perbincangan. Semasa saya di sana bersama Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul, ada hasrat dari syarikat Korea Selatan untuk melabur di negara dalam industri aeroangkasa.

Kita akan susul perkara itu dan melihat bagaimana kerjasama tersebut boleh direalisasikan untuk mereka melabur di Negeri Sembilan," kata Rafie kepada pemberita pada program Majlis Menyambut Kedatangan Delegasi dari Jabatan Perdagangan Guangxi, China ke Negeri Sembilan, di sini.

Dalam pada itu, pembangunan lembah aeroangkasa Negeri Sembilan yang melibatkan Turkish Aerospace Industries (TAI) dijangka akan dimulakan menjelang akhir tahun ini.

Seramai 100 orang jurutera Malaysia sedang menjalani latihan bagi persediaan untuk melaksanakan operasi berkenaan aero angkasa itu.


(FOTO BERNAMA)

 

 

Media Baharu