fb fb fb fb fb

Negeri Sembilan rancang bina kilang proses padi

SEREMBAN, 26 September- Kerajaan Negeri Sembilan sedang merangka perancangan bagi pembinaan kilang memproses padi dalam usaha memastikan bekalan beras sentiasa mencukupi.

Menurut Exco Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Jalaluddin Alias, pihaknya kini sedang mengenal pasti lokasi sesuai untuk membina kilang berkenaan.

Daerah Jelebu, Kuala Pilah dan Gemas antara kawasan yang dipertimbangkan berikutan ia merupakan kawasan pengeluaran padi terbesar di negeri itu.

"Saya akan bawa perkara ini untuk dibentangkan dalam mesyuarat majlis kerajaan negeri, mesyuarat exco kerajaan supaya ia dipersetujui oleh ahli majlis untuk kita melaksanakan program ini," katanya kepada pemberita di sini.

Bagaimanapun projek berkenaan akan dilaksanakan selewat–lewatnya menjelang 2025.

(Datuk Seri Jalaluddin Alias)

Media Baharu