fb fb fb fb fb

Negeri Sembilan cadang perkasa pelancongan pantai

Nicole Tan Lee Koon

SENDAYAN, 9 Disember- Kerajaan Negeri Sembilan bercadang untuk memperkasa sektor pelancongan di tiga kawasan pantai peranginan di Port Dickson.

Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Nicole Tan Lee Koon berkata, ia melibatkan Pantai Teluk Kemang, Pantai Port Dickson dan Pantai Cahaya Negeri.

Tiga pantai peranginan itu juga kini tersenarai sebagai Top 12 Pantai Peranginan dalam negara.

"Baru-baru ini ada tiga pantai di Port Dickson tersenarai sebagai 12 pantai terbaik di malaysia.

"Sekarang ketiga-tiga pantai ini akan diberi fokus. Kami akan wujud dan bina satu pusat makanan, ia termasuk makan tempatan dan antarabangsa," katanya ketika ditemui pemberita sini.

Dengan kewujudan pusat makanan seperti yang dirancang, ia dijangka menarik minat pelancong untuk terus datang ke Negeri Sembilan.

Dalam perkembangan lain, Nicole Tan Lee Koon mencadangkan penjaja di kawasan pantai peranginan di negeri itu untuk mempelbagaikan menu jualan makanan mereka.

Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan mewakili kerajaan negeri akan membantu penjaja dalam memastikan produk jualan berkualiti dan unik.

 Negeri Sembilan turut merancang untuk membawa bakal pemegang taruh industri pelancongan luar negara ke negeri itu dalam usaha merancakkan kembali aktiviti inap desa.

Nicole Tan Lee Koon berkata setakat ini, pihaknya telah mengenal pasti kira-kira 50 pemegang taruh untuk membawa pelancong ke negeri itu ketika mempromosikan produk Negeri Sembilan dalam World Travel and Meet, World Travel Market London di London.

"Fasa pertama sudah saya adakan di mana saya pergi ke World Travel Map London dan kita sudah kenal pasti siapa pemegang taruh yang bakal membawa pelancong asing ke Negeri Sembilan.

"Kami perlu mengeratkan hubungan dengan pemegang taruh supaya mereka ada kepercayaan atas komitmen untuk mempromosi produk Negeri Sembilan," katanya Porgram D’Sawah Run Gemas 2023, di Kompleks Homestay Gemas.

Nicole Tan Lee Koon usaha itu akan melalui beberapa fasa sebelum ia direalisasikan sekali gus memberi pulangan positif kepada industri pelancongan di Negeri Sembilan.

Sementara itu, kerajaan Negeri Sembilan juga dalam usaha meminda enakmen kuasa kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menggubal undang-undang kecil berkenaan inap desa.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI