KUALA LUMPUR, 9 Disember- Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berhasrat untuk 'merakyatkan' Wisma Putra bagi berkongsi fungsi dan peranan kementerian itu kepada masyarakat umum.
Jelasnya Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI itu adalah ruang terbaik untuk kementerian dan agensi kerajaan mendekati rakyat secara langsung.
"Kita perlu meneruskan dalam menyampaikan maklum balas kepada rakyat. Saya juga maklumkan kepada pegawai-pegawai untuk pergi ke negeri-negeri.
"Sebagai contoh ada program interaksi dengan rakyat dengan masyarakat," katanya ketika melawat reruai Kementerian Luar di Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di Stadium Bukit Jalil di ibu negara.
Zambry berkata cadangan interaksi secara langsung itu akan memudahkan masyarakat terutama di pejabat kedutaaan khususnya mengendalikan isu berkaitan rakyat Malaysia yang berada di luar negara.