fb fb fb fb fb

Kerajaan rangka modul bawa Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI ke seluruh negara

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 9 Disember- Satu modul khas akan dirangka untuk membawa Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI ke seluruh negara atas sambutan yang mengalakkan daripada orang ramai.

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital merangkap jurucakap kepada Kerajaan Perpaduan, perkara itu juga turut dibincangkan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau membuat kunjungan ke program itu hari ini.

"Saya akan bincang bagaimana kita boleh buat buat modul yang mudah untuk kita bawa ke seluruh negara, ini sangat baik terutama kaunter-kaunter seperti PDRM dan karnival kerjaya, jadi saya nampak ini antara yang paling banyak dapat membantu rakyat. Insya-Allah kita akan bawa ke setiap negeri,"katanya.

Beliau ditemui RTM sebelum meninjau acara raptai majlis penutupan program itu yang akan berlangsung esok di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil selama tiga hari mulai semalam, memberi fokus kepada tiga komponen iaitu Showcase Pencapaian Setahun Kerajaan MADANI, perkhidmatan 'touchpoint' rakyat dan Inisiatif Kesejahteraan Rakyat.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE