fb fb fb fb fb

Ahmad Zahid lancar 'Zcert'

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah)

KUALA LUMPUR, 9 Disember- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melancarkan 'Zcert' hari ini di ibu negara.

Ia merupakan sistem dokumen kelayakan disahkan digital rentas sempadan di atas blok rantai Zetrix-Xinghuo.

Ia mendapat kerjasama MyEG dan Beitou It Innovation yang menawarkan perkhidmatan pengeluaran dan pengesahan dokumen kelayakam termasuk identiti digital rentas sempadan.

Tambah beliau, ini selari dengan visi Malaysia Madani dalam merealisasikam industri yang berpegang pada inovasi dan digital.

"Saya amat teruja apabila dimaklumkan bahawa MYEG, sebuah syarikat tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur menjadi rakan kongsi dalam beberapa inisiatif dengan Beitou IT Innovation.

"Saya mengagumi kerjasama ini kerana Beitou IT Innovation merupakan perusahaan terkemuka dari China yang berprestij serta tersenarai dalam China 500, serta mendahului barisan hadapan pembangunan industri digital," katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Zcert di ibu negera.

Ahmad Zahid yang juga merupakan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut berharap kerjasama itu mampu merealisasikan hasrat kerajaan sebagai pemangkin dan pengeksport utama teknologi baharu sekali gus meningkatkan keyakinan pelabur dalam industri perkhidmatan digital.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI