AYER KEROH, 9 Disember- Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperuntukkan RM1.1 juta bagi pembangunan asnaf negeri itu.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal ehwal Agama Negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, ia merangkumi bantuan pendidikan dan nilai diri anak asnaf serta Program Pembangunan Pendayaan Asnaf.
"untukm makluman dalam program yang telah dilaksanakan ini telah pun memberi manfaat kpd seramai 1,402 asnaf dan danak2 asnaf yang menyertai syukur alahamudlillah jd untuk makluman dikalangan asnaf ni jumlah keseluruhan asnaf di negeri Melaka ini adalah sebanyak 8, 158 asnaf yg mana mereka adalah merupakan penerima bantuan2 drpada maim yg terdiri daripada golongan Asnaf fakir, miskin dan jugak mualaf," katanya ketika ditemui Majlis Apresiasi Asnaf MAIM 2023 di sini.
Rahman Mariman berkata, anugerah tersebut membuktikan usaha MAIM membantu asnaf di negeri itu berjaya mengubah kehidupan mereka.
Menurut Tokoh Usahawan Saidina Talhah Ibnu Ubaidillah, Shazzuan Shah Mohd Salleh, dia hampir hilang perniagaan semasa pandemik COVID-19 melanda.
"Ketika itu saya menghidapi penyakit kronik tahap 5, jadi saya perlukan bantuan kewangan. Jadi saya minta bantuan daripada MAIM, dan kemudian saya dimasukkan ke dalam program bawah seliaannya.
"Dalam tempoh satu tahun, pelbagai program dan kursus saya sertai sehingga berjaya ke tahap ini," katanya.
Sementra itu bagi Tokoh Usahawan Saidina Uthman Ibnu Affan Alex Chua Kim yang memeluk Islam sejak 2012 turut dibantu MAIM.
"Semasa PKP saya tiada kerja, jadi bantuan daripada MAIM itu saya daftar perniagaan hingga mendapat geran.
"Saya juga berjaya menghasilkan produk sendiri, Alhamdulillah sekarang banyak produk yang dapat saya hasilkan," katanya.