fb fb fb fb fb

Naikkan harga barang susulan konflik Rusia-Ukraine, tindakan tegas menanti 'orang tengah'

SEMANGGOL, 7 Mac- Tindakan tegas akan dikenakan kepada 'orang tengah' yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang atau perkhidmatan mereka dengan sewenang-wenangnya susulan krisis Rusia-Ukraine.

Exco Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri, Razman Zakaria berkata walaubagaimanapun tiada laporan berkaitan itu dilaporkan kepada pihaknya.

Setakat ini jelasnya, harga barangan di Perak masih lagi terkawal.


(Gambar Fail)

"Cuma kita tak dapat maklumat yang tepat, itu kalau sekiranya berlaku kerajaan tegas la, anti sorok dan sebagainya di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia."

"Kita mungkin bagi pihak kerajaan kita akan lihat akan lihat, kita akan bawa perkara ini sekiranya berlaku mengambil kesempatan dalam keadaan ini supaya kita boleh ambil tindakan tegas kepada mereka ini," kata Razman kepada pemberita pada sesi Taklimat Agensi Bersama Kerajaan Bersama JPKK Bagan Serai di Bukit Merah, di sini.

Media Baharu