BAYAN LEPAS, 18 Mei- Dua buah van kilang terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Sultan Azlan Shah, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian yang berlaku sekitar pukul 6.30 pagi itu, salah seorang pemandu van tersepit di bahagian ruang pemandu selepas impak perlanggaran.
Mangsa, lelaki berusia 44 tahun, mengalami kecederaan pada kaki kanan akibat tersepit dan telah dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.
Pasukan penyelamat menggunakan peralatan khas 'rescue tool' bagi menstabilkan kenderaan sebelum mengeluarkan mangsa dengan selamat.
Operasi menyelamat diketuai Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.