KUALA NERUS, 10 Jun- Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir, Kuala Nerus mengambil inisiatif mengadakan bacaan Yasin dan doa Syifa susulan insiden kemalangan melibatkan bas rombongan SK Jeram, Masjid Tanah Melaka.
Guru Besar SK Kompleks Seberang Takir, Kuala Nerus, Azlia Liza Alias berkata inisiatif tersebut bertujuan memohon kesembuhan buat guru-guru terlibat dalam nahas tersebut.
Azlia turut mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa terlibat.
Menurutnya, sekolah berkenaan menerima permohonan lawatan daripada Sk Jeram dua bulan lalu.
Ujarnya, lawatan tersebut bertujuan untuk mempromosi kaedah meningkatkan profesionalisme ekosistem pendidikan digital.
"Sejak tiga tahun lalu, terlalu banyak sekolah yang telah hadir ke sekolah kami untuk berkongsi bagaimana kami menjalankan pendidikan digital dan menaikkan nama sekolah melalui Microsoft Showsace School", katanya di sini.
Dalam kejadian pada awal pagi semalam, sebuah bas persiaran yang membawa 39 penumpang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 126 Jalan Kuantan-Segamat dekat Simpang Tiga Bahau, Muadzam Shah.
Nahas berkenaan mengorbankan empat orang penumpang, manakala 10 lagi mangsa masih menerima rawatan.
Bas tersebut dipercayai dalam dalam perjalanan dari Masjid Tanah Melaka ke SK kompleks Seberang Takir Kuala Nerus, Terengganu.