fb fb fb fb fb

Fokus komuniti, isu tempatan, dekatkan RTM dengan penonton

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman

SEREMBAN, 10 Jun- Kandungan bahan siaran dan berita bersifat 'hiper-lokal' penting untuk mendekatkan RTM kepada penonton.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman berkata, stesen radio negeri perlu menggunakan peluang sebaiknya, kerana mempunyai kekuatan berkaitan komuniti dan isu tempatan.

"Kalau kita tengok siapa yang mendengar, contohnya Negerifm, kalau kita tengok di RTMKlik orang yang mendengar Negerifm, RTMKlik sangat tinggi.

"Jadi, mereka ini bukan orang yang tinggal di Negeri Sembilan, ada yang duduk di Negeri Sembilan, ada yang duduk di Pulau Pinang, ada juga di UK, jadi bila letak di OTT (over the top) seperti RTMKlik, kita lebih memesatkan lagi orang yang hendak mendengar kita, lebih luas lagi program kita", katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad di Seremban.

 

ROSLINA BINTI DIN