KUALA LUMPUR, 10 Jun- Kadar pengangguran bagi April 2024 kekal pada 3.3 peratus, dengan bilangan penganggur turun sedikit kepada 566,400 orang.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, pasaran buruh pada bulan itu kekal stabil, mencerminkan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang menggalakkan.
Bilangan tenaga buruh pula meningkat 0.1 peratus, kepada 17.12 juta orang.
Manakala, kadar penyertaan tenaga buruh kekal pada 70.3 peratus seperti pada bulan sebelumnya.
Jelas Datuk Sri Dr. Mohd Uzir, pertumbuhan positif ekonomi Malaysia dijangka berterusan pada suku seterusnya didorong beberapa faktor.
Antaranya, permintaan luar yang kembali pulih dan pengukuhan pelaburan sektor awam yang akan membawa kepada pertambahan pekerjaan.
Ini akan menggalakkan penyertaan ke pasaran pekerjaan, sekali gus merancakkan lagi kedudukan pasaran buruh negara.
Justeru, situasi tenaga buruh negara pada bulan-bulan akan datang dijangka lebih positif, selari prestasi ekonomi negara yang memberangsangkan.
an.##