fb fb fb fb fb

Cemar udara,kilang arang briket diarah berhentikan operasi

Foto RTM

SUNGAI PETANI, 10 Jun-Sebuah kilang yang menghasilkan arang briket di sini dikenakan tindakan penahanan operasi ekoran kegagalan menyelenggara sistem kawalan pencemaran udara sehingga menyebabkan berlaku pencemaran di kawasan sekitar.

Jabatan Alam Sekitar JAS Kedah mengenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan POK di bawah Seksyen 38 (1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Pengarah JAS Kedah Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata tindakan POK itu di ambil bagi menghentikan operasi yang menyebabkan pencemaran udara dan pihak kilang juga diarahkan menjalankan kerja-kerja pembaikan serta penambahbaikan bagi menangani masalah berkenaan.

Menerusi satu kemyataan yang dikeluar pihak JAS, Sharifah Zakiah berkata kilang itu juga didapati tidak mempunyai Orang Yang Berwibawa (OYB) untuk menjalankan kerja pemantauan dan pengendalian kelengkapan kawalan pencemaran.

Sharifah Zakiah turut berkata Op Kabut itu dilaksanakan bertujuan memantau aktiviti kilang-kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Bukit Selambau, Sungai Petani terutama punca yang berpotensi menghasilkan pelepasan bendasing ke udara dan keberkesanan sistem kawalan pencemaran udara di kilang berkenaan

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD