fb fb fb fb fb

Nahas pesawat, Modi tawar bantuan sokongan kepada keluarga mangsa

Foto AFP

NEW DELHI, 12 Jun - Perdana Menteri India Narendra Modi menawarkan sokongan kepada semua keluarga nahas pesawat Air India yang terhempas berhampiran bandar Ahmedabad di barat India.

"Tragedi di Ahmedabad telah mengejutkan dan menyedihkan kami. Ia menyayat hati yang tidak terkata," kata Modi di laman sosial X.

"Dalam masa yang menyedihkan ini, fikiran saya adalah dengan semua orang yang terjejas," katanya.

Tambah Modi, perbincangan dengan menteri dan pihak berkuasa telah dilakukan bagi membantu mereka yang terjejas.

Pesawat Boeing 787-8 Dreamliner itu dalam penerbangan ke London membawa 242 orang termasuk 12 anak kapal.

Antara penumpang pesawat adalah 169 adalah warga India, 53 warga Britain, seorang warga Kanada dan tujuh warga Portugis.

Ia dijadualkan mendarat di lapangan terbang London pada pukul 6.25 waktu tempatan. -REUTERS

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI