fb fb fb fb fb

Nahas Gunung Rinjani: Rennie selamat dikebumikan

Jenazah pendaki rakyat Malaysia, Rennie Abdul Ghani selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Mutmainnah Cahaya, Masai. / Foto Bernama

JOHOR BAHRU 7 Mei: Pendaki rakyat Malaysia, Rennie Abdul Ghani, yang meninggal dunia selepas terjatuh di laluan Torean, Gunung Rinjani di Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat, Sabtu lalu selamat dikebumikan.

Allahyarham yang berumur 57 tahun, disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Mutmainnah, Pasir Gudang, Johor Bahru.

Majlis pengebumian dihadiri lebih 150 orang, termasuk ahli keluarga, jiran dan kenalan terdekat.

Terdahulu, jenazah tiba di kediaman dekat Taman Sierra Perdana, Johor Bahru, sekitar jam 3 pagi, sebelum disolatkan di Surau Raudhatul Jannah.

Dalam kejadian pada Sabtu lalu, Allahyarham dilaporkan terjatuh ke dalam jurang sedalam 80 meter, ketika mendaki bersama 23 pendaki lain, di Gunung Rinjani, Pulau Lombok, Indonesia.

Mangsa dipercayai meneruskan perjalanan seorang diri sebelum ditemui meninggal dunia oleh pasukan penyelamat Indonesia pada pagi Ahad.

MOHAN CHINNASAMY