KUALA LUMPUR, 7 Mei - Jumlah penduduk terjejas banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah di Sabah menunjukkan penurunan setakat pukul 10.30 pagi ini, menurut laporan Portal Bencana.
Di Keningau, dua PPS masih dibuka di daerah Sook dengan menempatkan 325 penduduk terjejas daripada 103 keluarga, iaitu 208 orang berlindung di Dewan SK Pekan Keningau 2, manakala 117 orang lagi di Dewan Kampung Ansip Tengah.
Di Beaufort, seramai 287 penduduk terjejas daripada 88 keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon.
Manakala 35 orang daripada 13 keluarga berlindung di Dewan Residensi PR1MA Woorford Estate.