KUALA LUMPUR, 13 Mei- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Teluk Intan, pagi tadi.
Datuk Seri Anwar dalam hantaran di platform X turut mendoakan agar semua mangsa yang cedera dalam insiden itu diberi kesembuhan segera dan dipermudahkan segala urusan.
“Pihak berkuasa diseru untuk menjalankan siasatan yang menyeluruh serta menyalurkan bantuan yang sewajarnya kepada mangsa dan ahli keluarga yang terlibat,” katanya menerusi catatan di platform X.