fb fb fb fb fb

Nahas FRU akan dibincang dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri- Exco

Exco Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India Negeri Perak, A. Sivanesan/ BERNAMA

IPOH, 14 Mei- Insiden kemalangan yang melibatkan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan akan dibincangkan dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) yang akan datang.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India negeri, A. Sivanesan berkata, ia bagi memastikan langkah-langkah sewajarnya dapat diambil demi keselamatan dan kebajikan semua pihak.

"Kerajaan negeri tidak akan meninggalkan mereka begitu sahaja. Dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri akan datang, perkara ini akan dibincangkan dan kita akan kaji tindakan yang perlu diambil selepas ini, seperti yang dilakukan semasa insiden helikopter terhempas tahun lalu,” katanya.

Beliau ditemui media ketika hadir bagi memberi penghormatan terakhir di kediaman mendiang Sarjan S.Perumal di bandar Lahat Mines, di sini.

Jasad mendiang akan disempurnakan mengikut kepercayaan agama Hindu di Pusat Krematorium Buntong di Ipoh, kira-kira pukul 2.00 petang.

Mendiang meninggalkan seorang balu dan dua anak perempuan.

Sementara itu, Sivanesan memaklumkan lima anggota FRU kini sedang menerima rawatan rapi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Teluk Intan, manakala tiga lagi dirawat di wad biasa.

ROSLINA BINTI DIN