(Foto Bomba Segamat)
SEGAMAT, 27 Mei- Tiga maut manakala seorang lagi parah selepas terbabit kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Segamat, Kampung Kwongsai di sini kira-kira pukul 6.24 petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Segamat, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mazuki Ismail berkata dua daripadanya ditemukan rentung.
“Kereta jenis Mercedes-Benz terbakar selepas terbabit kemalangan dengan sebuah kereta Toyota Sienta.
“Tiga maut dengan dua daripadanya rentung manakala seorang lagi parah.
"Mangsa yang rentung ditemukan di tempat duduk masing-masing akibat tersepit manakala seorang lagi sempat diselamatkan orang awam.
"Manakala kereta Toyota Sienta terbabas ke dalam gaung setinggi 15 kaki.
"Setakat ini, mangsa maut dikenali Hoo Kok Yong, 35 tahun, Wong Chee Choy, 62 tahun manakala pemandu Toyota Sienta dikenali Chong Jui Sat, 36 tahun.
"Mangsa cedera, Lee Lam Chai, 67 tahun.
"Operasi tamat pada pukul 8.45 malam tadi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah mengesahkan kejadian itu.
Katanya, siasatan sedang dibuat bagi mengenal pasti punca kemalangan.
(Foto Bomba Segamat)