PUTRAJAYA, 13 Mei - Nahas maut anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan boleh dielak sekiranya lori yang terlibat jalani pemeriksaan Puspakom secara berkala.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr Seri Ahmad Zahid Hamidi juga menyeru syarikat pengendali lori terbabit tampil bertanggungjawab atas insiden tersebut.
"Laporan awal menunjukkan berlaku masalah teknikal pada lori membawa muatan pasir apabila sistem stereng gagal berfungsi, menyebabkan kenderaan hilang kawalan.
"Perkara ini tidak berlaku sekiranya pemeriksaan dilakukan dan syarikat lori terbabit perlu dipertanggungjawabkan." tegasnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya di Putrajaya.