KUALA LUMPUR, 12 Jun - Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia berada dalam pesawat Air India penerbangan AI171 yang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Ahmedabad, India.
Namun, kementerian itu menerusi satu kenyataan memaklumkan, Konsulat Jeneral Malaysia di Mumbai sedang memantau rapi insiden tersebut.
"Bagi sebarang bantuan konsul, Konsulat Jeneral Malaysia di Mumbai boleh dihubungi di alamat Unit 12A1, Unit 12A2 dan Unit 12A3, Tingkat 13, Bangunan Supreme Headquarters, Jalan 14 dan 33 berhampiran Link Square Mall, Bandra West, 400 050 Maharashtra, India," maklum kenyataan itu.
Rakyat Malaysia di sana yang memerlukan bantuan juga boleh menghubungi talian +91 22 6996 5757 (Pertanyaan Am) atau e-mel ke
Pesawat jenis Boeing 787 berkenaan dilaporkan dalam penerbangan dari Ahmedabad ke Gatwick, United Kingdom.
Ketika kejadian, pesawat itu membawa kira-kira 242 penumpang.
Tambah kenyataan itu, kementerian akan terus memantau keadaan dan menyalurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa.