fb fb fb fb fb

NADMA guna 'Ground Penetrating Radar' (GPR) bantu kesan mangsa tertimbus

BATANG KALI, 18 Disember - Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersedia membantu dalam membekal dan menyelenggara mesin yang diperlukan bagi operasi mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus dalam insiden runtuhan tanah di tiga tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali-Genting Highland.

Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi (PO) NADMA, DCP Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata setakat ini pihaknya telah membawa masuk dua unit alat pengesan jenis 'Ground Penetrating Radar' (GPR).

(Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi (PO) NADMA, DCP Datuk Mohd Khairi Khairudin)

"Selain kita menggunakan anjing pengesan untuk mengesan mayat, NADMA juga menguruskan sebuah syarikat iaitu Geo Venture Solution iaitu menggunakan peralatan kita panggil Ground Penetrating Radar.

"Alat ini ialah alat berteknologi tinggi yang boleh mengesan mayat di bawah kedalaman lima meter," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian tanah runtuh, di sini.

Sehingga kini usaha bagi mengesan sembilan lagi mangsa yang tertimbus giat dijalankan.

Tumpuan kini terarah di kawasan mangsa terakhir di temui semalam iaitu di Hill Site dan di River Site.

Media Baharu