N. Sembilan sedia hadapi PRN

Datuk Seri Aminuddin Harun/ BERNAMA

SEREMBAN, 20 Mei – Kerajaan Negeri Sembilan bersedia menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada bila-bila masa sekiranya keputusan mengenai perkara itu diputuskan pucuk kepimpinan Kerajaan Persekutuan.

RINGKASAN BERITA AI
  • DUN mempunyai tempoh sehingga 24 Oktober sebelum terbubar dengan sendirinya sekiranya tiada sidang diadakan.
  • Kerajaan negeri belum menetapkan tarikh sidang DUN dan akan membuat keputusan mengikut kesesuaian semasa.
  • Kerajaan negeri akan akur keputusan persekutuan selepas berunding dan mempertimbangkan PRN serentak dengan Melaka serta Johor.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, semua persiapan dan pertimbangan berkaitan hal tersebut sentiasa diberi perhatian, mengambil kira tempoh penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) yang semakin menghampiri tempoh penggal pemerintahan.

“Negeri Sembilan masih mempunyai tempoh sehingga 24 Oktober depan sebelum DUN terbubar dengan sendirinya sekiranya tiada sidang diadakan.

“Kerajaan negeri juga masih belum menetapkan tarikh sidang DUN seterusnya dan perkara itu akan diputuskan mengikut kesesuaian semasa.

“Kita di peringkat negeri kena akur dengan apa jua keputusan di peringkat persekutuan setelah berunding dan berbincang demi kebaikan semua,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Dalam pada itu Datuk Seri Aminuddin juga memaklumkan bahawa kemungkinan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) secara serentak dengan Melaka dan Johor turut akan dipertimbangkan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.