SHAH ALAM, 22 Januari-Selangor berjaya membantu kira-kira 2,522 individu mendapatkan dokumen pengenalan diri di negeri ini menerusi Program Pusat Dokumen Pengenalan Diri (MySel) sejak 2018 hingga November tahun lalu.
Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Selangor, V Papparaidu berkata secara keseluruhanya pihaknya menerima sebanyak 6,545 permohonan membabitkan pelbagai kes.
Antara kes paling banyak diselesaikan membabitkan warganegara iaitu 654, diikuti 616 sijil kelahiran dan anak angkat, 560 kes.
Tambahnya , terdapat kelulusan yang mengambil masa sehingga tujuh tahun bagi membuktikan dan mengesahkan semua dokumen.
"Saya tidak berhasrat untuk campur tangan dalam bidang kuasa mereka imigresen atau KDN sebagainya. Itu bukan bidang kuasa saya.
"Saya sebagai Exco Pebasmian Kemiskinan dan minoriti di sini ingin membantu mereka mereka yang menghadapi masalah untuk menyenangkan atau untuk isi borang untuk mereka mengadakan pertemuan
"Selain mengadakan sesi dialog ataupun persidangan dan sebagainya itu adalah tugasan ataupun pertolongan saya pejabat saya untuk rakyat Negeri Selangor", katanya demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri (Program MySeL) di
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri (Program MySeL) di sini.
MySel diwujudkan pada 2018 bagi membantu golongan miskin yang tidak mempunyai pengetahuan dan saluran betul untuk membuat permohonan mendapatkan dokumen pengenalan diri, kewarganegaraan, sijil kelahiran dan kad pengenalan.