fb fb fb fb fb

MySejahtera: Ciri baharu kesan lokasi penyakit berjangkit

KUALA LUMPUR, 3 Mei - Aplikasi MySejahtera kini dikemas kini dengan ciri-ciri baharu bagi mengesan penyakit berjangkit termasuk penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata dengan fungsi terbaharu itu, pengguna boleh melihat kawasan titik panas penyakit selain COVID-19, seperti demam campak, rabies, HFMD dan demam denggi.

Sebelum ini fungsi 'Hotspot Tracker' yang dahulu digunakan untuk menjejak kawasan titik panas kes COVID-19 akan diubah sebagai 'Infectious Disease Tracker'.

Beliau berkata dengan fungsi terbaharu itu, pengguna boleh melihat kawasan titik panas penyakit selain COVID-19, seperti demam campak, rabies, HFMD dan demam denggi.

"Update terkini MySejahtera memperkenalkan ciri baharu. Boleh tengok penyakit berjangkit seperti HFMD," katanya menerusi ciapan di akaun Twitternya hari ini.

Memaklumkan perkara itu menerusi akaun twitter, Khairy berkata kawasan berkenaan akan ditentukan berdasarkan jumlah kes aktif di kawasan lingkungan pengguna untuk setiap penyakit berjangkit.


(Aplikasi MySejahtera kini dikemas kini dengan ciri-ciri baharu)

Beliau turut berkongsi dua tangkap layar kemas kini aplikasi berkenaan.

Sebelum ini Khairy memaklumkan fungsi HotspotTracker yang dahulu digunakan untuk menjejak kawasan titik panas kes COVID-19 akan diubah sebagai Infectious Disease Tracker.

Beliau berkata kawasan berkenaan akan ditentukan berdasarkan jumlah kes aktif di kawasan lingkungan pengguna untuk setiap penyakit berjangkit.

Sementara itu Khairy menasihati orang ramai agar terus menggunakan pelitup muka apabila berada di tempat tertutup atau sesak.


Media Baharu