fb fb fb fb fb

Terengganu: Empat hari Ops Selamat dilancarkan, 200 kes kemalangan jalan raya

KUALA TERENGGANU , 3 Mei - Sebanyak 200 kes kemalangan jalan raya dengan tiga kematian direkodkan dalam tempoh empat hari Op Selamat dilancarkan.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, menerusi jumlah itu daerah Kuala Terengganu mencatat kes kemalangan tertinggi.

Menurutnya lagi, dalam tempoh yang sama sebanyak lima kes pecah rumah telah dilaporkan dengan membabitkan kerugian bernilai lebih RM 30, 000.

"Dalam tempoh Op Selamat, 200 kemalangan jalan raya dicatatkan tapi hanya tiga kemalangan maut yang melibatkan kematian, manakala bagi kes pecah rumah pula sebanyak lima kes bagi tempoh Op Selamat tetapi untuk rumah yang dilaporkan kepada pihak polis tentang ketiadaan mereka yang hantar borang dan sebagainya, allhamdulillah tiada sebarang kes pecah rumah berlaku ditaman perumahan tersebut," katanya di sini.


(Ketua Polis Terengganu,Datuk Rohaimi Md Isa)

Sementara itu, aliran trafik di Terengganu turut lancar meskipun berlaku pertambahan kenderaan namun ia masih terkawal.

Rohaimi berkata pihaknya akan terus melakukan pemantauan dan rondaan khususnya dikawasan yang menjadi tumpuan ramai bagi mengelak berlaku kesesakan.

Media Baharu