fb fb fb fb fb

ECRL, penyelesaian kesesakan trafik pantai timur

JOHOR BAHRU, 3 Mei- Masalah kesesakan jalan raya setiap kali musim perayaan terutama ke pantai timur, dijangka selesai sebaik Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) siap penghujung 2026.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata masa perjalanan juga menjadi lebih singkat iaitu hanya 4 jam.

"Masalah kesesakan trafik ini akan dapat diselesaikan dengan pembinaan ECRL yang dijangka siap akhir 2026. Jadi, mereka yang nak balik ke Kelantan atau dari Kelantan dan gombak hanya empat jam sahaja. Contohnya, dulu Terengganu tiada keretapi, jadi akan membantu rakyat di wilayah-wilayah ini nanti," kata Wee Ka Siong ketika ditemu bual media RTM pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Johor, di sini.


(Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong ditemui media RTM pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Johor)

Sementara itu, Datuk Seri Dr Wee memaklumkan situasi kesesakan hampir kesemua jalan utama seluruh negara terkawal dan tiada kemalangan dasyat dilaporkan setakat ini.

Situasi itu juga didorong dengan pemberian tol percuma.

"Kita juga adakan pelbagai kempen keselamatan jalan raya. Kita juga menyekat kenderaan berat di jalan utama dan jalan Persekutuan. Kita turut memberi pengecualian kepada kenderaan berat supaya tidak guna lebuh raya dan jalan raya untuk tempoh tertentu agar kita dapat elakkan kesesakan dan kemalangan," tambah Wee.

Media Baharu