fb fb fb fb fb

Budak 5 tahun maut dalam kemalangan jalan raya

SETIU, 3 Mei - Kegembiraan sebuah keluarga pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bertukar tragedi selepas mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya dan meragut nyawa anak lelaki bongsu.

Dalam kejadian pada pukul 6.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Aidil Fitri Osman, 5, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian badan.

Kemalangan itu turut menyebabkan bapanya, Osman Intan, 51, dan dua kakak dan seorang abangnya berusia dalam lingkungan 14 hingga 20 tahun cedera parah.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Afandi Hussin berkata kemalangan melibatkan sebuah van di kilometer 85 Kampung Alor Serdang Jalan Kuala Terengganu Kota Bharu.

"Dipercayai kenderaan yang dipandu ibu mangsa, Asmah Zakaria 43 tahun, hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan.

"Difahamkan ke semua mereka dalam perjalanan dari Kangar, Perlis ke Kuala
Nerus, Terengganu," katanya kepada media di sini.

Ke semua tujuh mangsa berusia 51 hingga 12 tahun yang cedera ringan itu menerima rawatan di wad Hospital Setiu.

Manakala mangsa disahkan meninggal dunia 8.45 pagi tadi ketika sedang menerima rawatan di hospital sama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Afandi Hussin menasihati semua pengguna jalan raya berhenti rehat sekiranya mengantuk sebelum meneruskan perjalanan.


(Van Toyota Hiece dinaiki lapan sekeluarga remuk teruk dalam kemalangan di KM 85, Jalan Kuala Terengganu - Kota Bahru berhampiran Kampung Alor Serdang, di sini)

Media Baharu