fb fb fb fb fb

MyAngkasa Amanah Berhad terima pendaftaran 223,247 kes pengurusan harta pusaka

(Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah bercakap pada sidang media selepas
Majlis Pengisian Ilmu Perancangan Harta Pusaka bersama pelatih Akademi Daie Muda
YADIM 2022)

KUALA LUMPUR, 25 Oktober - MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB) menerima pendaftaran 223,247 kes mengenai pengurusan harta pusaka berjumlah RM111.6 billion anggaran aset.

Anak syarikat Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) itu menerima pendaftaran berkenaan dalam tempoh enam tahun penubuhannya.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata pihaknya mahu menjadikan MAAB sebagai penyedia utama khidmat perancangan dan pentadbiran harta pusaka di Malaysia.


(Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berucap pada Majlis Pengisian Ilmu 
 Perancangan Harta Pusaka bersama pelatih Akademi Daie Muda YADIM 2022)

Ia sekali gus mengurangkan isu harta beku yang tidak dituntut umat Islam dan bukan Islam di Malaysia khususnya.

"Sebenarnya MyAngkasa Amanah Berhad ini..wasiat ini bukan sahaja untuk orang Islam tetapi oleh orang bukan Islam..kita juga bantu menguruskan kes-kes yang berkenaan," kata beliau ketika ditemui pemberita pada Majlis Pengisian Ilmu Perancangan Harta Pusaka bersama pelatih Akademi Daie Muda YADIM 2022, di sini hari ini.

Media Baharu