fb fb fb fb fb

Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mahasiswa jual PerantiSiswa

(FOTO FAIL)

PUTRAJAYA, 25 Oktober - Penerima PerantiSiswa diberi amaran untuk tidak menjual tablet yang diberikan secara percuma itu kepada pihak lain.

Tegas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, tindakan tidak bertanggungjawab terbabit telah melanggar 'akujanji' permohonan yang boleh menyebabkan nama mereka dipaparkan ke khalayak umum.

Jelas beliau, tindakan tegas akan dikenakan terhadap individu yang melakukannya.

Setakat ini, katanya terdapat 14 kes penjualan semula PerantiSiswa yang dikesan di seluruh negara, dan pemantauan terhadap perkara itu sedang dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).


(Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa bercakap pada sidang media selepas 
mempengerusikan mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi di Putrajaya/ Foto BERNAMA)

“Ada tindakan tertentu akan diambil terhadap penjual peranti,contohnya paparkan nama secara terbuka untuk pengetahuan umum di portal perantisiswa atau maklumkan kepada pihak universiti,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi di sini hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial terdapat individu yang menjual tablet PerantiSiswa menerusi platform dalam talian pada harga bawah pasaran.

Media Baharu