fb fb fb fb fb

'My Minda': 17,300 saringan kesihatan mental direkodkan melalui MySejahtera

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa

KUALA LUMPUR, 20 November- Sebanyak 17,300 saringan penilaian kesihatan mental telah dilakukan menerusi 'My Minda' yang merupakan komponen baharu dalam aplikasi MySejahtera, yang diperkenalkan bulan lalu.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, ia membolehkan pengguna mengakses soalan dan membuat penilaian status kesihatan mental masing-masing.

Ujarnya, ia merupakan langkah penambahbaikan perkhidmatan kesihatan mental KKM melalui digitalisasi.

"Sejak dilancarkan tidak sampai sebulan pada 15 November 2023, ada 17,300 saringan telah dilakukan. Dari situ, 3,983 iaitu 23% daripada saringan itu ada risiko kemurungan..Kemudian, 15% lagi daripada 2,592 ada risiko keresahan. Individu ada risiko ini ada akses secara terus kepada bahan psiko-pendidikan atau jika mahu mendapatkan bantuan sudut kaunseling, boleh hubungi talian bantuan krisis 'heal', katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan dikemukakan Ahli Parlimen Parit  Sulong, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berhubung pencapaian terkini Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan

Tambah Zaliha lagi, KKM turut menerima sebanyak 26,139 panggilan menerusi Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental (HEAL 15555).

Daripada angka itu, lebih 16,000 pemanggil telah menerima bantuan sokongan emosi.

ZEHRA BINTI ZAMBRI