fb fb fb fb fb

MTL: Nelayan diminta maklum kepada Jabatan Perikanan sebelum lakukan aktiviti tangkapan

Foto Fail Bernama

KUALA LUMPUR, 20 November - Golongan nelayan diminta untuk mengambil langkah keselamatan sebelum turun ke laut ketika Monsun Timur Laut (MTL).

Timbalan Ketua Pengarah (pengurusan) Jabatan Perikan Malaysia (DOF), Tuan Wan Muhammad Aznan Abdullah berkata ini termasuk memastikan kelengkapan keselamatan dibawa sepanjang melakukan aktiviti tangkapan hasil laut seperti alat penyelamat diri dan alat pengesan Beacon.

"Kita minta nelayan-nelayan supaya memberitahu kepada Jabatan Perikanan daerah mereka keluar atau tidak keluar supaya kita dapat memantau keselamatan mereka dan cuba membantu mereka di masa kecemasan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri, di sini.

Tambah Wan Muhammad, Jabatan Perikanan akan mengeluarkan Lesen Pukat Tunda Musim Tengkujuh (PTMT) mulai Disember hingga Mac 2024.

PTMT merupakan permit khas yang perlu dimohon bagi bot pukat tunda menjalankan aktiviti menangkap hasil laut.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN