fb fb fb fb fb

MW Group lancar pemasangan pengecas EV jenama tempatan pertama di Malaysia

SHAH ALAM, 1 Ogos- Mobility Werk Group Sdn Bhd (MW Group) lancar pemasangan pengecas kenderaan elektrik (EV) jenama tempatan pertama di Malaysia.

Pelancarannya itu bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap penyelesaian mobiliti generasi akan datang, selain mempamerkan komitmen ke arah merangsang ekosistem EV dalam negara.

Menurut Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, jenama EV tempatan itu diyakini dapat memberi kualiti tinggi serta kos yang berpatutan bagi penggunanya.

"Syarikat ini secara khusus akan menumpukan perhatian daripada pembekalan bahan-bahan komponen di dalam pembekalan kepada syarikat-syarikat pengeluar kereta ternama di Malaysia dan secara khusus akan memberikan tumpuan bagi mempertingkatkan dan persediaan untuk menghadapi teknologi baharu 'future car' EV pada masa depan.

"Jadi saya melihat kemudahan ini untuk dapat memberikan industri sokongan kepada pelaburan baharu yang bakal masuk ke Melaka tidak lama lagi, kita doakan supaya Melaka menjadi tempat pertama pemasangan kereta elektrik," katanya.

(Datuk Seri Ab Rauf Yusoh)

Beliau ditemui media selepas melakukan lawatan kerja di Kilang MW Advantech Sendirian Berhad di Shah Alam.

Sementera itu Pengerusi MW Group, Zulkifli Kasim memberitahu pihaknya akan mencari lebih banyak kerjasama strategik bagi merealisasikan penempatan alat ganti dan komponen EV.

Pihaknya telah mengambil langkah strategik dan mampan untuk bekerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa bagi memastikan infrastruktur EV lengkap di Malaysia.

Media Baharu