fb fb fb fb fb

SRN IPT perkasa agenda perpaduan negara

193 Sekretariat Rukun Negara (SRN) diwujudkan di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di seluruh negara sejak ia ditubuhkan pada 2008/Foto FB Kementerian Perpaduan Negara

KUALA LUMPUR, 2 Ogos - 193 buah Sekretariat Rukun Negara (SRN) diwujudkan di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di seluruh negara sejak ia ditubuhkan pada 2008.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, penubuhan SRN turut bertindak sebagai mekanisme utama kerajaan untuk memupuk dan memperkukuh jati diri mahasiswa dalam ekosistem perpaduan negara.

"Kita melihat Rukun Negara amat penting dan kita selalu menyebut di kementerian, falsafah atau idelogi negara kita dari segi perpaduan dan keharmonian.

"Kementerian akan berperanaan sebagai wadah libat urus stategik anatara mahasiswa, kementerian, agensi perpaduan dan sekali gus memperkukuh kesinambungan gerakan kenegaraan secara menyeluruh dan bersepadu," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Konvensyen Sekretariat Rukun Negara 2025 di sini.

Menurutnya lagi, konvensyen ini bukan sekadar menyatukan pemimpin SRN di seluruh negara, malah memperkasa peranan mahasiswa sebagai ejen perpaduan dan menyemarakkan aspirasi Malaysia MADANI melalui pembudayaan Rukun Negara.

Kira-kira 350 barisan kepimpinan SRN di seluruh negara turut menghadiri Konvensyen tersebut.

Pelbagai program telah diatur sepanjang konvensyen ini termasuk Diskusi Perpaduan: Aku Negaraku, Perkongsian Amalan Terbaik SRN dan Persidangan Pemerkasaan Kepimpinan SRN.

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI