fb fb fb fb fb

Muzakarah Panel Pengesahan Halal Malaysia, tingkat kompetensi dalam selaras sijil halal

PUTRAJAYA, 18 Oktober- Aspek Syariah merupakan asas utama penentuan status halal sesuatu produk manakala teknikal bertindak sebagai pelengkap dan menekankan keselamatan produk, barangan dan perkhidmatan yg ditawarkan.

Justeru, bagi meningkatkan kompetensi Panel Pengesahan Halal di seluruh Malaysia, Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menganjurkan Muzakarah Ahli Panel Pengesahan Halal Malaysia 2022.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary muzakarah ini penting bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu status halal yang signifikan dengan keadaan semasa.

"Peranan dan tanggungjawab panel amat penting kerana anda yang akan menentukan status permohonan pensijilan halal Malaysia itu. Pensijilan halal Malaysia sangat unik kerana ia memerlukan penelitian dua aspek iaitu syariah dan teknikal.

Saya juga mengharapkan semua Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri bersama-sama ke arah mencapai akreditasi yang sama sebagai satu usaha untuk membuktikan pengurusan pensijilan halal Malaysia yang kita laksanakan dipandang tinggi di peringkat global," kata Timbalan Ketua Pengarah Dasar JAKIM, Datuk Sirajuddin Suhaimee yang membacakan teks Timbalan Menteri itu ketika perasmian Majlis Muzakarah Ahli Panel Pengesahan Halal Malaysia 2022, di sini.


(Timbalan Ketua Pengarah Dasar JAKIM, Datuk Sirajuddin Suhaimee membacakan teks ucapan Timbalan Menteri
di JPM (Hal Ehwal Agama), Datuk Marzuk Shaary pada Majlis Muzakarah Ahli Panel Pengesahan Halal Malaysia 2022)

Tambah beliau, ahli panel ini berperanan utama dalam mengawal dan menyelaras Pensijilan Halal Malaysia mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan.

Muzakarah ini juga menjadi platform perkongsian informasi berkaitan isu halal yang perlu diselesaikan di seluruh negara.

Media Baharu