fb fb fb fb fb

Mustafa Sentop tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi

(Prof Dr Mustafa Sentop berjalan melepasi barisan kehormat oleh
Rejimen Askar Melayu Diraja selepas tiba di Kompleks Bunga Raya
untuk lawatan rasmi ke Malaysia/BERNAMA)


SEPANG, 4 Oktober-Speaker Parlimen Turkiye Prof Dr Mustafa Sentop tiba di sini hari ini untuk lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia sehingga Rabu ini (5 Oktober). 

Pesawat khas membawa Sentop dan delegasinya mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini pada pukul 11.50 malam Isnin.

Sentop dan delegasinya disambut Duta Turkiye ke Malaysia Emir Salim Yuksel dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Beliau kemudian memeriksa kawalan kehormat terdiri 28 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja.  

Semasa lawatannya, Sentop dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Beliau juga dijadualkan melakukan kunjungan hormat ke atas Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun dan mengadakan pertemuan dengan Speaker Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim. -BERNAMA

(Prof Dr Mustafa Sentop (tengah) selamat tiba di Kompleks Bunga Raya untuk lawatan rasmi
ke Malaysia bermula Isnin hingga 5 Oktober. Turut hadir Duta Turkiye ke Malaysia
Emir Salim Yuksel (kanan) disambut Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Rashid Hasnon (kiri)/BERNAMA)


 

Media Baharu