fb fb fb fb fb

Musim perayaan, Melaka berdepan masalah kekurangan telur

PERINGGIT, 23 Disember- Melaka berdepan masalah kekurangan telur menjelang Perayaan Krismas pada Ahad ini, berikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna.

Exco Hal Ehwal Pengguna Negeri, Ngwe Hee Sem berkata, kekurangan berkenaan membabitkan telur gred C yang merekodkan banyak permintaan serta gred A dan B.


(Exco Hal Ehwal Pengguna Negeri, Ngwe Hee Sem ketika membuat tinjauan selepas 
melancarkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2022 peringkat Negeri Melaka)

Namun katanya, isu berkenaan tidak serius dan tindakan pantas kerajaan mencari jalan penyelesaian dijangka dapat mengimbangi masalah kekurangan itu pada masa akan datang.

“Melaka masih ada kekurangan tapi tidak terlalu serius, oleh kerana kita nampknya bulan ini mungkin akan nada sikit kekurangan sebab permintaan tinggi, sebab cuti sekolah cuti panjang lepas itu kita ada Perayaan Kismas juga, masa ini kita ada kurang sikit,

"Tapi tidak serius sangat, yang itu menteri sudah umum, akan import telur dari India, tapi belum sampai lagi di Malysia,”katanya selepas melancarkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2022 peringkat Negeri Melaka di sebuah pusat beli belah di sini.

Sebanyak 11 jenis barangan di wartakan sebagai barangan kawalan pada skim yang berlangsung semalam 5 hari bermula hari ini sehingga 27 Disember ini.

Media Baharu