fb fb fb fb fb

RM4.93 juta rampasan berjaya diperolehi KPDN Melaka

MELAKA, 23 Disember- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka merekodkan 316 kes berkaitan kesalahan kepenggunaan sepanjang Januari hingga 20 Disember lalu.

Exco Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem berkata, ia hasil pemeriksaan terhadap 29,758 premis sepajang tempoh berkenaan.


(Exco Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem)

Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM90,850 nilai kompaun dan RM4.93 juta rampasan berjaya diperolehi.

Katanya, kesalahan tertinggi direkodkan pula adalah di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dengan 188 kes.

Tambah Hee Sem, sejumlah RM163,000 pula diperolehi melalui kes-kes yang telah didakwa di mahkamah.

"Untuk tahun 1 Januari hingga 20 Disember jumlah nilai kita kompauan RM90,850 nilai rampasan untuk tahun sampai sekarang, sebentar tadi saya sebut RM 4 juta 925,249.50 jumlah denda di mahkamah RM163,000 bagi jumlah aduan diterima 762 kes setakat ini," katanya di sini.

Sebanyak 11 jenis barangan di wartakan sebagai barangan kawalan pada skim yang berlangsung semalam 5 hari bermula hari ini sehingga 27 Disember ini.

Media Baharu