fb fb fb fb fb

Banjir di Polumpong, 25 individu terperangkap

SABAH, 23 Disember- 25 individu bersama kenderaan mereka terperangkap akibat banjir di Pusat Peranginan Polumpung, Kg. Melangkap Baru, Kota Belud, semalam.

Kesemuanya dikeluarkan pasukan bomba dan ditempatkan di kawasan selamat pada jam 6pagi tadi.


(Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Misran Bisara)

Menurut kenyataan Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Misran Bisara, pihaknya menerima panggilan kecemasan petang semalam sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud bergegas ke lokasi.

Keadaan air semakin surut namun terdapat enam kenderaan yang masih terperangkap.

Operasi ditamatkan 8 pagi tadi.

Sementara itu, tiga kejadian rumah roboh dilaporkan di Kota Kinabalu, Pitas dan Kudat, semalam.

Tiada kemalangan jiwa direkodkan.

Kejadian dilaporkan di Tanjung Aru Baru, Kota Kinabalu melibatkan dua penduduk, di Kg. Salimpodon Pitas dan di Sri Aman, Kudat.

Kejadian berlaku akibat dipukul ombak dan angin kencang.

Media Baharu