Murid PPKI SK Meru meninggal dunia akibat influenza A

SHAH ALAM, 17 Oktober – Seorang murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) Meru, Klang dekat sini meninggal dunia dipercayai akibat jangkitan Influenza A awal pagi semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Polis menerima laporan mengenai kematian murid istimewa pagi tadi.
  • Murid PPKI berusia lapan tahun disahkan meninggal dunia sekitar 4.30 pagi.
  • Siapaannya disahkan positif Influenza A; keluarga turut positif.
  • Kementerian Kesihatan jalankan pemeriksaan dan pemantauan untuk kawal penularan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S. Vijaya Rao berkata pihaknya menerima laporan mengenai berita sedih membabitkan seorang kanak-kanak istimewa itu menjelang Subuh pagi tadi.

“Mangsa yang juga murid pendidikan khas berusia lapan tahun disahkan meninggal dunia kira-kira 4.30 pagi.

“Hasil siasatan mendapati mangsa disahkan dijangkiti Influenza A, manakala seluruh ahli keluarganya turut positif wabak sama,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Khamis.

Vijaya Rao berkata pihak Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah pencegahan termasuk pemeriksaan terhadap ahli keluarga serta pemantauan bagi mengawal penularan jangkitan di kawasan berkenaan.

Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

— BERNAMA