fb fb fb fb fb

Murid kuasai pelbagai bahasa punyai kelebihan

(Datuk Dr Radzi ketika sidang media selepas Majlis Sambutan
Dekad Bahasa Kebangsaan Sektor Pendidikan 2022/BERNAMA) 

PUTRAJAYA, 7 Oktober- Murid digalakkan menguasai lebih daripada satu bahasa sebagai persediaan untuk berdepan persaingan, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr. Radzi Jidin.

Beliau berkata dalam konteks dunia tanpa sempadan, setiap bahasa memainkan peranan penting.

Mereka yang menguasai banyak bahasa dengan baik mempunyai kelebihan berbanding yang tidak.

Katanya lagi, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan juga perlu dimartabatkan bagi tujuan pembangunan dan tunjang kepada perpaduan negara.

"Kita perlu ingat bahawa dunia ini sekarang luas saingannya sebab itu premis asasnya sesiapa yang menguasai bahasa dengan baik apa jua bahasa mereka mempunyai kelebihan.

"Jadi kalau lebih banyak bahasa dia kuasai tentu lebih banyak kelebihan berbanding orang yang tidak menguasainya. Sebab dalam apa bahasa kalau kita ada asas apa yang paling penting adalah untuk kukuhkan asas tersebut," kata Dr. Radzi selepas merasmikan Majlis Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan Sektor Pendidikan 2022 di sini.

(Datuk Dr Radzi ketika berucap pada Majlis Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan Sektor
Pendidikan 2022 bertemakan "Bahasa Jiwa Bangsa"/BERNAMA)

 

Media Baharu