fb fb fb fb fb

Banjir heret 9 juta rakyat Pakistan ke kancah kemiskinan: Bank Dunia

(Orang ramai yang kehilangan tempat tinggal menggunakan bot untuk menyeberangi
kawasan banjir di daerah Dadu, wilayah Sindh pada 27 September 2022/Fail AFP)

ISLAMABAD, 7 Oktober- Antara enam hingga sembilan juta rakyat Pakistan dijangka diheret ke dalam kemiskinan akibat banjir besar monsun yang dikaitkan dengan perubahan iklim.

Laporan Bank Dunia menyebut kadar kemiskinan Pakistan dijangka meningkat antara 2.5 hingga 4 mata peratusan sebagai akibat langsung daripada banjir.

Kehilangan pekerjaan, penutupan sekolah, kerosakan rumah dan tanaman, kematian ternakan serta jangkitan penyakit dan peningkatan kos makanan -- mengancam untuk meletakkan antara 5.8 hingga 9 juta penduduk dalam kemiskinan, katanya.

"Menangani kesan sosio-ekonomi negatif ini mungkin mengambil masa yang agak lama," tambahnya.

Di negara berpenduduk 220 juta itu, kira-kira 20% sudah pun hidup bawah paras kemiskinan, menurut data Bank Pembangunan Asia.

Sebelum banjir bermula, kedudukan kewangan Pakistan telah berada dalam keadaan teruk, dengan krisis kos sara hidup, matawang rupee yang meruncing dan rizab pertukaran asing yang semakin berkurangan.

Bank Dunia mengunjurkan inflasi di negara itu berada pada paras 23% bagi tahun kewangan 2023. -AFP

(Seorang gadis duduk di atas katil ketika melintasi jalan yang dinaiki air di Sohbatpur di
daerah Jaffarabad di wilayah Balochistan pada 4 Oktober 2022/AFP)

Media Baharu