fb fb fb fb fb

Program Food Bank Malaysia bantu penduduk terjejas banjir

MUAR, 7 Oktober- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna( KPDNHEP) sedia membantu penduduk terjejas banjir yang dijangka melanda negara November ini hingga Mac tahun depan menerusi Program Food Bank Malaysia (PFBM).

Tahun lalu, PFBM telah membantu 25,000 penduduk terjejas daripada 6,000 keluarga di Lembah Klang dan Pantai Timur.

Timbalan Menteri KPDNHEP , Datuk Rosol Wahid berkata 12 mesin pek makanan disediakan di 10 lokasi meliputi Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Pahang, Terengganu, Perak, Sarawak dan Sabah.

(Datuk Rosol ditemuiĀ selepas Majlis Perasmian Food Bank Siswa, Universiti IslamĀ 
Antarabangsa Cawangan Pagoh)

Pihaknya juga bersiap sedia menyimpan barangan yang akan diagihkan kepada penduduk terjejas di lima gudang di Selangor, Johor, Melaka, Kelantan dan Sarawak.

"Kita buat kerja sepanjang tahun. Katering hotel ada makanan lebihan bukan sisa yang tidak disentuh jadi kita minta ia proses, dapat digunakan sepanjang tahun bukan saja musim banjir. Jadi kita simpan dua tahun ketahanannya jadi kita boleh gunakan ketika musim musibah," kata Rosol selepas Majlis Perasmian Food Bank Siswa, Universiti Islam Antarabangsa Cawangan Pagoh di sini.

Sehingga September lalu, 20,951 mahasiswa di 27 buah institut pengajian tinggi (IPT) menerima manfaat menerusi program Food Bank ini sejak dilancarkan dua tahun lalu.

(Program Food Bank Malaysia bantu penduduk terjejas banjir)

Media Baharu